PENGURUSAN STRES DI TEMPAT KERJA
1. Apa itu Stres?
Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang
perubahan atau tuntutan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi
dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan
tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan
kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.
2. Adakah stres sesuatu yang bahaya?
Tidak .
Graf Stres Hans Selve
kepada kerja.
Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan
menunjukkan tanda-tanda stres
3. Tanda & Gejala
3.1 Fizikal
• Gementar
• Berpeluh
• Rasa Seram sejuk
• Tangan dan kaki rasa sejuk
• Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah
• Bernafas laju
• Kering mulut
• Kerap buang air kecil
• Kerap buang air besar
• Cirit Birit
• Kurang selera makan
• Mudah dapat serangan penyakit:
* Asma
* Sakit belakang badan
* Masalah penghadaman
* Sakit kepala
* Gatal-gatal
• Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual
• Sakit-sakit badan
• Cepat letih
3.2. Psiko logikal
• Kebimbangan
• Keliru dan kurang daya tumpuan
• Sukar kawalan diri
• Perubahan emosi:
* Tekanan perasaan
* Kekecewaan
* Mewujudkan permusuhan
* Rasa tak berdaya
* Kurang sabar dan cepat marah
Lemah Semangat
• Susah nak tidur
• Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak
3.3 Gangguan Fikiran
• Sukar membuat keputusan
• Kurang minat terhadap aktiviti harian
• Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
• Pemikiran positif terganggu disebabkan
• Sering berfikiran negatif
• Kurang memberi perhatian
* Hilang keyakinan diri
* Hilang tumpuan
* Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut,
kecewa dan cepat marah
3.4 Tingkah laku
• Bercakap dengan cepat dan kuat
• Menguap
• suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
• Perasaan yang negatif:
* Mudah tersinggung
* Terlalu bergantung kepada orang lain
* Suka memberi komen dan kritik orang lain
* Boleh bertindak ganas
* Bertindak secara tidak logik
* Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
• Kurang Kecekapan diri:
* Mudah lupa
* Selalu membuat kesilapan
* Sering terlibat kemalangan
• Kurang produktiviti kerja
• Menindakkan keupayaan diri sendiri
4. Punca stress :
4.1. di tempat kerja
• Jenis kerja
- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa
• Tanggungjawab
- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri
• Hubungan rakan sejawat
- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual
• Persekitaran yang tidak selesa
- bising, kawasan yang kotor, pencemaran, panas dan sempit
- ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai.
• Pengurusan dan organisasi
- budaya menyalahkan pekerja
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap kenderaan,
kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan sukar
untuk naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi
- waktu kerja yang tidak fleksibel.
• Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga
Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:
* Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
* Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
* Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
* Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
* Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
* Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
* Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
* Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
* Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
* Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan
* Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
-Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang.
-Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri.
-Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang.
-Tiada peluang kenaikan pangkat.
-Tiada jaminan pekerjaan.
* Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti:
-Tekanan dari pihak atasan.
-Campur tangan terhadap bidang tugas.
-Tuntutan berlebihan daripada pelanggan.
-Gangguan terhadap perancangan kerja.
-Gangguan telefon.
* Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
-Masalah kewangan.
-Masalah hubungan dengan keluarga.
* Penyakit yang dialami.
* Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian.
a. Stres Ancaman (survival):
Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi,fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.
b. Stres dalam diri sendiri:
Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi.Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai.Lima harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:
* Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
* Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
* Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda
* Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang
dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda
* Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa
depan anda
c. Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan:
• "Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat,
sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa
• Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang
manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam
masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih
banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi
kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula
yang tinggi
• Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan
darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan
bahan kimia.
5. Komplikasi
Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri anda.
Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan
memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:
• Mudah keletihan dan cepat penat
• Kekecewaan
• Hilang semangat ( "burn out" )
6. Cara mengurangkan stres
• Mengubahsuai punca stress dengan :
- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan masa
yang tidak fleksibel
• Mengelak stress dengan :
- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat
• Meningkatkan ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi
otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)
7. PERUNDANGAN
• Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menetapkan tugas am bagi majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dan menjamin kesejahteraan pekerja. Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat termasuk memastikan bahawa tiada kesan negative daripada factor-faktor seperti kebisingan, bau, pencahayaan, suhu, kelembapan, pengalihudaraan,habuk, getaran dan bahan berbahaya.
• Majikan juga hendaklah mengamalkan budaya tempat kerja yang berkualiti seperti mengutamakan persekitaran kerja yang terbuka, mengamalkan dialog dan perhubungan secara meluas, memberi peluang samarata dan tiada diskriminasi serta memastikan penyelesaian masalah bersama. Masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh diselesaikan oleh Jawatankuasa OSH yang ditubuhkan di bawah Seksyen 30.
• Akta Pekerjaan 1955 mengandungi peruntukan khas bagi mengawal masa kerja termasuk hari rehat,kepanjangan masa kerja, masa rehat, kerja shift dan jumlah kerja lebih masa.
STRES DAN KESIHATAN
Stres merupakan sesuatu yang positif dan juga negatif. Stres diperlukan untuk kemajuan di dalam kehidupan harian kita.Melalui keadaan tertekan kita dapat meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran kehidupan.
Sebaliknya, stres memberi kesan yang tidak baik apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik mungkin atau dilihat sebagai negatif. Pengurusan stres yang tidak sempurna akan mengakibatkan perasaan ketidakmampuan dan seterusnya menyebabkan gagal untuk meningkatkan daya ketahanan diri.
Stres, cemas, risau dan berkelakuan agresif menunjukkan peningkatan yang ketara
kebelakangan ini.Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,stres dilabel sebagai ’Penyakit’ abad ke 20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa stres ialah Epidemik Dunia.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menjangkakan bahawa stres merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua 5 penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung,kemurungan melampau,kemalangan jalanraya,strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020.Satu kajian di Amerika berkaitan stres yang melibatkan 2, 152 responden menunjukkan bahawa orang yang sentiasa mengalami stres mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap hipertensi,kerisauan melampau, kemurungan atau obesiti. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental.
• Mengurangkan daya pertahanan badan - mudah diserang penyakit
• Menambahkan lagi keparahan penyakit yang sedang dialami
• Menyumbang kepada wujudnya masalah kesihatan pada masa akan datang contohnya
Tekanan Darah Tinggi, Paras Kolesterol yang tinggi, Penyakit Jantung dan Penyakit
Angin Ahmar (Strok)
• Timbul masalah psiko logikal contoh : keresahan, kemurungan, masalah pemakanan
dan masalah tidur 2.
• Kurang kemahiran menyelesaikan masalah mengakibatkan anda tidak mengamalkan
cara hidup yang sihat, contoh: menghisap rokok, ketagihan arak, penyalahgunaan
dadah dan bergaduh.
Di petik dari Prof. Madya Dr. Zarida Hambali Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM
No comments:
Post a Comment