Wednesday 4 July 2012

INFO-Pengenalan Kabel Elektrik

hang pa semua tau tak warna kabel elektrik? yang mana satu kabel hidup, kabel neutral and kabel bumi? ka main blasah ja? tengok sample ni .



Tuesday 26 June 2012

INFO- Pengurusan Stres Di Tempat Kerja



PENGURUSAN STRES DI TEMPAT KERJA


 
1. Apa itu Stres?  
Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang 
perubahan atau tuntutan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi 
dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan 
tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan 
kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.


2. Adakah stres sesuatu yang bahaya? 
Tidak . 
Graf Stres Hans Selve  

Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan 
kepada kerja. 
Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan 
menunjukkan tanda-tanda stres




3. Tanda & Gejala  


3.1 Fizikal  
• Gementar  
• Berpeluh  
• Rasa Seram sejuk  
• Tangan dan kaki rasa sejuk  
• Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah  
• Bernafas laju  
• Kering mulut  
• Kerap buang air kecil  
• Kerap buang air besar  
• Cirit Birit  
• Kurang selera makan  
• Mudah dapat serangan penyakit:  
  * Asma  
  * Sakit belakang badan  
  * Masalah penghadaman  
  * Sakit kepala  
  * Gatal-gatal  
• Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual  
• Sakit-sakit badan  
• Cepat letih  


3.2. Psiko logikal  
• Kebimbangan  
• Keliru dan kurang daya tumpuan  
• Sukar kawalan diri  
• Perubahan emosi:  
  * Tekanan perasaan  
  * Kekecewaan  
  * Mewujudkan permusuhan  
  * Rasa tak berdaya  
  * Kurang sabar dan cepat marah  
   Lemah Semangat  
• Susah nak tidur  
• Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak 


3.3 Gangguan Fikiran  
• Sukar membuat keputusan  
• Kurang minat terhadap aktiviti harian  
• Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar  
• Pemikiran positif terganggu disebabkan  
• Sering berfikiran negatif  
• Kurang memberi perhatian  
  * Hilang keyakinan diri  
  * Hilang tumpuan  
  * Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, 
     kecewa dan cepat marah  


3.4 Tingkah laku  
• Bercakap dengan cepat dan kuat  
• Menguap  
• suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih  
• Perasaan yang negatif:  
  * Mudah tersinggung  
  * Terlalu bergantung kepada orang lain  
  * Suka memberi komen dan kritik orang lain  
  * Boleh bertindak ganas  
  * Bertindak secara tidak logik  
  * Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi  
• Kurang Kecekapan diri:  
  * Mudah lupa  
  * Selalu membuat kesilapan  
  * Sering terlibat kemalangan 
• Kurang produktiviti kerja  
• Menindakkan keupayaan diri sendiri




4. Punca stress : 


4.1. di tempat kerja 
• Jenis kerja 
  - kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang 
  - terlalu banyak kerja dan kurang masa 
• Tanggungjawab 
  - tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas) 
  - bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri 
• Hubungan rakan sejawat 
  - komunikasi tidak berkesan 
  - gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual 
• Persekitaran yang tidak selesa 
  - bising, kawasan yang kotor, pencemaran, panas dan sempit 
  - ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai.


• Pengurusan dan organisasi 
- budaya menyalahkan pekerja 
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap kenderaan, 
kurang penghargaan dan tiada insentif 
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan sukar 
  untuk naik pangkat 
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi 
- waktu kerja yang tidak fleksibel. 
• Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga 
Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:  
* Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang  
* Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda  
* Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda  
* Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan  
* Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa  
* Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja  
* Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian  
* Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai  
* Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda  
* Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan  
* Tekanan perkembangan kerjaya seperti:  
-Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang.
-Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri.
-Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang.
-Tiada peluang kenaikan pangkat.
-Tiada jaminan pekerjaan.  
* Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti:
-Tekanan dari pihak atasan.
-Campur tangan terhadap bidang tugas.
-Tuntutan berlebihan daripada pelanggan.
-Gangguan terhadap perancangan kerja.
-Gangguan telefon.  
* Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
-Masalah kewangan.
-Masalah hubungan dengan keluarga.
* Penyakit yang dialami.
* Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian.  



4.2 Lain-lain punca stres 
a. Stres Ancaman (survival):


    Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi,fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.


b. Stres dalam diri sendiri:


Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi.Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai.Lima harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah: 


  * Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda  
  * Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa  
  * Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda  
  * Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang 
     dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda  
  * Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa 
     depan anda  
  
c. Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan:  
   • "Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, 
     sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa  
   • Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang 
     manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam 
     masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih 
     banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi 
     kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula 
     yang tinggi  
   • Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan 
     darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan 
     bahan kimia.




5. Komplikasi 
 
Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri anda. 
Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan 
memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:  
• Mudah keletihan dan cepat penat  
• Kekecewaan  
• Hilang semangat ( "burn out" )




6. Cara mengurangkan stres


• Mengubahsuai punca stress dengan :  
  - penyelesaian masalah secara musyawarah 
  - perancangan kerja dengan baik 
  - pengurusan masa yang bijak 
  - berkomunikasi secara lebih berkesan 
  - mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan masa 
    yang tidak fleksibel


• Mengelak stress dengan : 
  - elakkan beban kerja berlebihan 
  - mengetahui kemampuan sendiri 
  - menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri 
  - membuat kerja secara muafakat


• Meningkatkan ketahanan diri dengan : 
  - mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang) 
  - merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi 
    otot secara progresif) 
  - meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu) 
  - berfikir secara positif 
  - mampu (menerima kritikan dengan baik)




7.  PERUNDANGAN


• Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menetapkan tugas am bagi majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dan menjamin kesejahteraan pekerja. Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat termasuk memastikan bahawa tiada kesan negative daripada factor-faktor seperti kebisingan, bau, pencahayaan, suhu, kelembapan, pengalihudaraan,habuk, getaran dan bahan berbahaya.
• Majikan juga hendaklah mengamalkan budaya tempat kerja yang berkualiti seperti mengutamakan persekitaran kerja yang terbuka, mengamalkan dialog dan perhubungan secara meluas, memberi peluang samarata dan tiada diskriminasi serta memastikan penyelesaian masalah bersama. Masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh diselesaikan oleh Jawatankuasa OSH yang ditubuhkan di bawah Seksyen 30.
• Akta Pekerjaan 1955 mengandungi peruntukan khas bagi mengawal masa kerja termasuk hari rehat,kepanjangan masa kerja, masa rehat, kerja shift dan jumlah kerja lebih masa.


STRES DAN KESIHATAN 


Stres merupakan sesuatu yang positif dan juga negatif. Stres diperlukan untuk kemajuan di dalam kehidupan harian kita.Melalui keadaan tertekan kita dapat meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran kehidupan. 
Sebaliknya, stres memberi kesan yang tidak baik apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik mungkin atau dilihat sebagai negatif. Pengurusan stres yang tidak sempurna akan mengakibatkan perasaan ketidakmampuan dan seterusnya menyebabkan gagal untuk meningkatkan daya ketahanan diri.  
Stres, cemas, risau dan berkelakuan agresif menunjukkan peningkatan yang ketara 
kebelakangan ini.Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,stres dilabel sebagai ’Penyakit’ abad ke 20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa stres ialah Epidemik Dunia.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menjangkakan bahawa stres merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua 5 penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung,kemurungan melampau,kemalangan jalanraya,strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020.Satu kajian di Amerika berkaitan stres yang melibatkan 2, 152 responden menunjukkan bahawa orang yang sentiasa mengalami stres mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap hipertensi,kerisauan melampau, kemurungan atau obesiti.  Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan  kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental. 

Apa akan berlaku jika terlalu lama berada di dalam keadaan tertekan? 
• Mengurangkan daya pertahanan badan - mudah diserang penyakit 
• Menambahkan lagi keparahan penyakit yang sedang dialami 
• Menyumbang kepada wujudnya masalah kesihatan pada masa akan datang contohnya 
Tekanan Darah Tinggi, Paras Kolesterol yang tinggi, Penyakit Jantung dan Penyakit 
Angin Ahmar (Strok) 
• Timbul masalah psiko logikal contoh : keresahan, kemurungan, masalah pemakanan 
dan masalah tidur 2.
• Kurang kemahiran menyelesaikan masalah mengakibatkan anda tidak mengamalkan 
cara hidup yang sihat, contoh: menghisap rokok, ketagihan arak, penyalahgunaan 
dadah dan bergaduh.




 Di petik dari Prof. Madya Dr. Zarida Hambali Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM

Saturday 23 June 2012

KipaS pRObLem??


Fan umah u olz da masalah lambat pick up or kna tolak ngan jari dulu baru leh pusing tak??


Ni kipas gak, Chinese fan nama dia.. tapi kalo ni rosak aku tak tau cmna nak repair la der..

And this Fan lak Aku tak tau lak nak kategorikan sebagai apa.. nak cakap Ceiling Fan tapi macam Table Fan pon ade Gak.. adusshh nanti aku check lik ngan SIRIM..




  CEiling Fan, Standing Fan, Table Fan, Wall Fan u olz leh satlle sendiri, tak perlu panggil pakar dengan syarat angpa semua  tau langkah Keselamatan dan cara mengendalikan alatan Elektrik.
ceiling fan
table fan
standing fan
wall fan



Setiap FAn ni mesti ada CApacitor kat belakang motor bila u olz buka COver dia..ada CApacitor bulat and ada CApacitor petak..
capacitor
capacitor
TRy tukar menatang CApacitor neh, jangan lupa OFF SuPPLy dulu.. nanti tak pasal lak bulu ketiak hangus kena ShoT KaRan..


Friday 22 June 2012

INFO-TipS PeKeRja CemeRLanG


  • Tip menjadi pekerja cemerlang
  • Jika anda ingin menjadi pekerja cemerlang jadikanlah 7 tip asas ini sebagai amalan harian.

work smarter not harder

  • 1. Muhasabah niat bekerja.
  • Aspek dalaman iaitu hati dan niat diperhalusi. Untuk menjadi pekerja cemerlang,  niat hati kita mestilah ikhlas dan bersih.
  • Buat muhasabah diri, kaji untuk apa kita setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana tanpa menghiraukan kecemerlangan dalam kerjaya atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?Jika ingin cemerlang kita mestilah rajin dan bersungguh dalam pekerjaan kita dan bersemangat bukan bekerja main lepas tangan aje.

  • 2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.
  • Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu kita lakukan dalam bidang kerja kita. Misalnya, jika kawan sekerja masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Kita pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga tidak sedar masa berlalu.

  • 3. Komited.
  • Untuk menjadi pekerja cemerlang, kita perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikit pun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti kita akan dipergunakan.

work smart
  • 4. Bijak Menyelit.
  • Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Kita perlu bijak menyesuaikan. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu di mana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

  • 5. Belajar Tanpa Henti.
  • Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.
  • Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.

  • 6. Hormat Semua Orang.
  • Hormat-menghormati merupakan satu elemen penting menjadi pekerja cemerlang. Baik mereka itu pekerja gred rendah sehinggalah pegawai atasan.
  • Paling penting jangan sekali-kali mencari kekurangan atau kesilapan orang lain, kerana tak semua orang boleh menerimanya. Jadilah kita insan ayng sentiasa disenangi dan sentiasa ikhlas dengan semua pihak.
  • Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi banyakan bekerja dan kurang bercakap.

  • 7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
  • Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

success
  • Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk kerja lebih masa atau pujian semata. Ini resipi utama seorang pekerja cemerlang. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak juga anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tip ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang.

Tips ini dipetik dari IPPTAR.

Friday 15 June 2012

Pemasangan Plak 3 Pin ( 3 Pin Plug )

  Anda mungkin orang yang kedekut, berjimat dari memanggil orang yang pakar untuk melakukan pendawaian di rumah anda.. jadi ini adalah salah satu langkah untuk anda berjimat, belajar sendiri cara untuk memasang plak 3 pin.

Langkah Pertama :

Sediakan alatan seperti Pemotong Kabel, Pemulas skrew dan Pena Ujian.







Lankah Kedua :

Semestinya Plak 3 Pin Dan Kabel.. tol tak?? 
Langkah Ketiga :
Buka Skrew Plak 3 Pin dengan gaya yang bersahaja.
 



plug 3 pin



Langkah Keempat :
Tambat Kabel Hijau pada Terminal yang tengah iaitu terminal BUMI.




Langkah Kelima :

Wednesday 13 June 2012

Peralatan paling utama untuk kerja-kerja M&E

Pasti anda tahu alatan ini iaitu PENA UJIAN (TEST PEN)



Pena Ujian ini digunakan untuk menguji  arus elektrik yang mengalir. Pena Ujian ini adalah sangat penting bagi seorang pendawai elektrik, penjaga jentera elektrik dan juga pengguna yang melakukan kerja-kerja elektrik. oleh itu anda harus tahu bagaimana fungsi dan kegunaannya.





Di atas adalah contoh bagaimana Pena Ujian ini berfungsi.

Tuesday 12 June 2012

RenJAtaN eLeKtRiK

APAKAH INI ? ( muka berpura hairan )


  ini adalah salah satu simbol elektrik.

Mengapa pula dengan orang ini ? ( muka terpinga-pinga sambil mengedip mata ) 


Kenapa ini boleh berlaku  ? ( kerutkan dahi tanda pelik )


apakah puncanya ? ( bertanya sambil mimik muka pelik tapi perasan bagus )


Ini berlaku kerana:-
  1. Kurangnya pengetahuan tentang elektrik.
  2. Tidak cekap mengendalikan peralatan dan perkakasan elektrik.
  3. Kurang pengetahuan tentang langkah-langkah keselamatan elektrik.
  4. Tidak menggunakan peralatan yang sesuai untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik.
  5. Menggunakan peralatan yang telah rosak dan tidak lagi selamat untuk digunakan.
  6. Kelalaian ketika melakukan penyelenggaran elektrik
  7. Suasana tempat untuk melakukan kerja yang tidak selamat.








Monday 11 June 2012

Asas Elektrik

                            Hukum OHM   







Dalam litar elektrikHukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrikI yang mengalir malalui sesuatu pengalir antara dua titik yang lain adalah berkadar terus dengan beza keupayaanVantara kedua-dua titik, serta berkadar songsang dengan rintanganR antara kedua-dua titik. Secara matematik
I = \dfrac{V}{R}
Hukum ini dinamakan sempeNa Georg Ohm, yang menunjukkan perubahan arus dan beza kepupayaan dalam litar elektrik ketika menggunakan dawai yang mempunyai panjang berbeza.
Hukum ini sangat berguna dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik kerana menunjukkan hubungan arus, voltan dan rintangan pada tahap makroskopik, iaitu sebagai unsur dalam litar elektrik. Pada tahap mikroskopik, ahli fizik menggunakan persamaan vektor lain yang berhubung kait dengan Hukum Ohm.


FIZIK

Ahli fizik sering menggunakan Hukum Ohm bentuk kontinuum:
 \mathbf{J} = \sigma \cdot \mathbf{E}
di mana J ialah kemampatan arus (iaitu arus per unit luas), σ ialah konduktiviti, dan E ialah medan elektrik.
Beza keupayaan ditakrifkan sebagai
{\Delta V} = -\int {\mathbf E \cdot dl}
atau, jika medan elektrik tidak diganggu oleh pilihan arah (seperti dalam litar elektrik):
{|\Delta V|} = {E}{L} \
di mana L merupakan jarak antara dua titik yang dimaksudkan. Disebabkan J adalah sama dengan I/A, persamaan Hukum Ohm menjadi:
{I \over A} = {\sigma |\Delta V| \over L}
Rintangan elektrik pula ditakrifkan melalui kuantiti konduktiviti, panjang, dan luas keratan rentas:
{R} = {L \over \sigma A}
Dari situ, Hukum Ohm boleh diterbitkan sebagai
{|\Delta V| \over R}={I}
yang lebih menyerupai persamaan bentuk makroskopik.